Saturday 6 July 2013

Tamadun Hwang Ho

Lokasi


  • Sungai menjadi nadi utama dalam pembentukan tamadun Hwang Ho.
  • Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning.
  • Merupakan sungai kedua terpanjang di China(5464km)-terletak di bahagian utara negara China.
  • Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai (Timur)
  • Lokasi tamadun ini jauh daripada puast-puast tamadun lain.
  • Ciri-ciri fizikal :
-bergunung-ganang----->bersifat setempat
          -berpadang pasir ----->bersifat setempat



Kerangka masa
  • Kemunculan tamadun dapat dikesan daripada :
            -jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Man (dikatakan hidup pada sekitar    
              tahun 400 000 S.M.
            -jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolotik---->400 000S.M.
  • Zaman Neolitik ----->5000S.M.
-munculnya aktviti pertanaian dan penternakan.
          -Dinasti beraja pertama di China diasaskan oleh Dinasti Hsia (2205-1766S.M.)--->belum dipastikan
       
          -Dinasti Shang --->Dibuktikan dengan kewujudannya melalui jumpaan arkeologi(1766-1050 S.M.)

                                 --->Penghujung Dinasti Shang muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman
                                        pemerintahan Raja Shang
                                 --->Ini telah mendorong suku Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei (barat)
                                        mengambil kesempatan untuk menyingkirkan dan menggantikan pemerintahan
                                        Shang dengan pemerintahanDinasti Chou (1050S.M.-256S.M.)
Peking Man 


Peking Man 



Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho
  • Pembinaan tamadun ini berasakan peranan Hwang Ho yang telah menyuburkan kawasan sekitarnya.
  • Kesuburan Hwang Ho telah menarik penduduk nomd untuk tinggak menetap dan membina petempatan awal. 
  • Tapak Banpo---->petempatam awal penduduk Hwang Ho
  • Penduduk yang menetap menjalankan aktiviti : i . pertanian
                                                                                ii . penternakan binatang
                                                                                iii . mengumpul hasil hutan
                                                                                iv. memburu
  • Perkembangan pertempatan awal ini telah melahirkan beberapa buah bandar di Lembah Hwang Ho.
  • Salah sebuah bandar ialah ---->Anyang --->merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang 
  • Pembentukkan Dinasti Shang telah membawa banyak kemajuan ---> i . perluasan wilayah
                                                                                                                  ii . penyebaran budaya
  • Semas Dinasti Chou tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.
Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho
  1. Negara Kota
  • Petempatan awal berasakan pertanian ---->kemunculan bandar-bandar
  • Anyang --->salah satu negara kota yang terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan.
                       --->dilengkapi dengan tembok untul menghalang pencerobohan musuh
                       --->dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani  
  • Di bandar ini terdapat : 
         -istana
         -kuil
         -pusat pentadbiran
  • Raja , golongan pembesar dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar.
  • Tembok --->dibina untuk menhalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami ole masyarakat petani.
 


        2. Susun lapis dalam organisasi sosial
  •  Lapisan atas-diterajui oleh raja dan pembesar
  • Lapisan bawah -golongan petani (sebahagian besar penduduk mendiami kawasan luar bandar iaitu di sekeliling negara kota 
  • Terdapat juga golongan artisan yang menguasai teknologi gangsa  bagi menghasilkan senjata , perisai dan hiasan pada kereta kuda ,peralatan untuk upacara keagamaan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa maka golongan ini menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bawahan.
Lapisan paling bawah hamba (ciri utama)




    3.Pengkhususan pekerjaan
  • Golongan tentera mempunyai golongan tentera masing-masing.
  • Terdapat dua kumpulan tentera iaitu tentera kuda dan tentera berjalan kaki.
  • Golongan petani--->tonggak ekonomi 
  •                          --->berperanan memenuhi keperluan golongan atasan .
  • Golongan artisan--->dibentuk oleh golongan petani kerana mereka mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan,senjata dan barang tembikar .
  • Golongan hamba --->berfungsi sebagai tentera paksaan 
  •                            --->membantu kerja-kerja perburuhan (membina sistem pengairan)
  •                            --->tujuan korban dalam upacara penyembahan.
     4. Sistem pemerintahan Dinasti Shang
  • Berbentuk pemerintahan beraja
  • Pengganti raja dilatik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
  • Raja-raja Shang mempunyai kweibawaan politik,ekonomi,sosial dan agama.
  • Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran .
  • kuasa raja=mandat daripada tuhan (masayrakat Hwang Ho percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil ,kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerinthan itu derestui oleh tuhan .Mereka percaya pemerintahan Shang telah kehilangan mandat itu kerana mereka berlaku zalim)
  • Raja-raja Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik ---> merek adalah daripada keturunan pemerintah agama.
  • Dalam urusan pentadbiran --->raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan
  • Di luar puat pentadbiran--->dibantu oleh golongan bangsawan
  • Golongan bangsawan--->dipertanggunjawad mentadbir wilayah 
  •                                 --->berhak mewujudkan sistem pentadbiran sendiri dalam hal pungutan cukai ,                      
                                                pertahana dan undang-undang.
  • Sistem yang sama telah diasmilasilan oleh Dinasti Chou.
  • Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah.
  • Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui : 
          i. ikrar taat setia
         ii.memberi hadiah seperti kereta kuda , senjata gangsa , hamba dan binatang 
         iii.melindungi raja 
         iv.memberi bantuan tentera pada masa perang
  • Pembesar tempatan--->diberi hak untuk bertindak sebagai ketua agama unyuk menjalankan upacara pengorbanan.
      5.Agama dan keperluan
  • Masyarakat Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan : 
          -animisme
          -politeisme (bermakna penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan)
  • Masyarakat Shang mengamalkan:
           -penyembahan roh nenek moyang
           -menyembah tuhan syurga (Shang-ti)
           -menyembah tuhan bumi (Tu)
           -penyembahan terhadap sungai , bukit dan gunung
  • Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik , tarian dan upacara korban .
  • Upacara korna diketahui oleh golongan bomoh.
  • Jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang .
  • Tulang yang ditemui dikenali sebagai tulang oracle.
  • Fungsi tulang oracle: 
          -meramal sesuatu keadaan 
            (golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun
             api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsir dan disabitkan dengan sesuatu kejadian)
          -kemunculan sistem tulisan 
            (rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan)
Tulang Oracle


Tulang Oracle

  • Tulisan China---> berbentuk ideogram yang berbentuk simbol 
                              --->tulisan asal ini kebanyakkan mempunyai gambar seperti kanak-kanak , bulan ,
                                     matahari dan sungai 
                              --->tulisan ini mula berubah kepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat
                                     pada hari ini.
Tulisan tamadun hwang ho
Sumbangan Tamadun Hwang Ho
Sungai Hwang Ho


Gelas minum berbentuk burung yang diperbuat daripada jed


Masyarakat China memain alat muzik

  1. Sistem pemerintahan
  • Dari segi politik, tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno. 
  • Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
  •  Hanya sedikit perubahan dilakukan terutama gelaran raja ditukar kepada maharaja.
  • Konsep anak syurga dan mandat dari syurga(hukuman oleh tuhan) yang dikaitkan dengan raja (maharaja) dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.
Cap mohor maharaja

      2.      Aspek ekonomi
Sistem pengairan
  • Salah satu aspeknya ialah pembinaan sistem pengairan.
  •  Sejak zaman awal Dinasti China terutama zaman Dinasti Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian.
  • Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir.
  •  Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Dinasti Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. 
  • Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut.
  • Selain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.
  •  Pada zaman ini juga petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. 
  • Perubahan berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dan dengan yang dibuat daripada besi .


3. Sistem Tulisan dan Perbahasan





  • Salah satu sumbangan penting tamadun ini ialah sistem tulisannya.
  • Sistem tulisan yang berbentuk simbol ini berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
  • Penggunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
  • Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China.
  • Malahan tulisan ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.
 4.Sistem Pendidikan
  • Sistem peperiksaan awam dalam tamadun China dan adalah tertua di dunia.
  • Matlamat utama pendidikan adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan.
  • Peperiksaan awam : 
  1. dikendali dengan ketat
  2. meniru akan dikenakan hukuman mati
  3. untuk memastikan tidak berlaku penipuan , pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan 
  4. mereka yang mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik dengan disediakan makanan 
  5. mereka akan dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan .
  • Terdapat tiga peringkat pendidikan dalam sistem pendidikan tamadun China: -pendidkan rendah, menengah dan tinggi.
  • Peringkat rendah :
          -mengenal , meghafal tulisan ideogram
          -hafal 9 buah buku suci tanpa memahami maknanya
  • Peringkat menengah
          -tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera 
  • Peringkat tinggi
          -menterjemah buku suci 
  • Peperiksaan mengandungi tiga tahap :
  1. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama.
  2. Tahap kedua setaraf dengan sarjana 
  3. Tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada era moden ini.

5.Falsafah

  • Falsafah China memberi penekanan kepada hal berkaitan manusia- hubungan manusia antara satu sama lain.
  • Antara sumber falsafah China termasuklah
  1.  Kung-fu Tze / Confucius (Confucianisme)
  2. Lao Tze (Taoisme) 
  3. Mo Tzu 

  • Mo Tzu dikenali sebagai Motze atau Mencius .
  • Mo Tzu menolak beberapa ajaran dalam Confucianisme dan memikirkan cara hendak melahirkan masyarakat dan politik yang baik .
  • Beliau berpendapat manusia berakhlak baik dan manusia menjadi sebaliknya kerana pengaruh alam sekitar 
  • Satu lagi falsafah ialah aliran legalisme --->undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat .
Patung Confucius di Hunan

 6.Agama dan Kepercayaan


  • Salah satu kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.
  • Unsur pemujaan yang telah dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian masa.
  • Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit kertas, dan barangan perhiasan.



 Konsep Yin Yang 


  •  Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.
  • Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi , iaitu Yin dan Yang .
  • Yin --->kuasa pasif
  • Yang--->kuasa aktif 

7.Sistem Kalendar


  • Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan.
  • Terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
  •  Raja menggunakan kalendar untuk menentukan :



  1. musim menanam 
  2. musim menuai
  3.  menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, perburuan ataupun pengkebumian

8.Falsafah Perang


  • Terdapat satu lagi sumbangan penting tamadun ini yang cuba digunakan sehingga hari ini, iaitu pengamalan falsafah perang Sun Tzu.
  • Karyanya, the Art of War yang membicarakan :



  1. selok-belok perang 
  2. bagaimana menyerang musuh (diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa)
  3. taktik dalam urusan perniagaan.


The Art Of War


 The Art Of War
    Tamadun Hwang Ho 
Latihan 
  1. Mengapakah tamadun Hwang Ho bersifat setempat ?
  2. Nyatakan dua ciri-ciri Anyang .
  3. Mengapakah golongan pembesar dapat menundukkan golongan bawahan ?
  4. Bagaimanakah raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan ?
  5. Apakah ciri sistem tulisan masyarakat Tamadun Hwang Ho?
  6. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda , bagaimanakh konsep mandat daripada tuhan memberikan kesan kepada sistem pemerintahan Tamadun Hwang Ho ?
  7. Di bandar Anyang , istana , rumah golongan bangsawan , dan rumah ibadat dikelilingi oleh tembok termasuklah bandarnya . Apakah fungsi tembok dalam pernytaan di atas?
Jawapan
  1. Fizikalnya berpadang pasir dan bergunung-ganang.
  2. - dilengkapi dengan tembok  
          - dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.
    3.   -memiliki tentera 
          -mempunyai senjata gangsa
    4.   -ikrar taat setia 
         -pembesar perlu melindungi raja 
    5.  -berbenyuk ideogram
         -gambar
    6.  -kuasa raja merupakan mandat daripada Tuhan 
         -raja keturunan pemerintahan agama 
    7.  memantapkan pertahanan 

Ahli kumpulan : S4H Kelly Teoh       (11)
                        S4H Lim Yueh Ying (20)
                        S4H Lye See Min    (22)
                        S4H Keak Pei Ying  (10)
                        S4H Ong Shi Theng (23)



1 comment:

  1. Jackpot City Casino Sites 2021
    Find the Best Jackpot City choegocasino Casino 1xbet Sites in India ⚡ Play Slots, Blackjack, Roulette febcasino and Live Casino Games ➤ Enjoy Welcome Bonuses at Jackpot City Casino!

    ReplyDelete